Sejarah masjid Masjid

Tapak masjid pertama dan kedua

Tapak masjid pertama di dunia ialah Masjidil Haram yang dibina semenjak Nabi Adam A.S., dan tapak masjid kedua yang dibina ialah Masjid Al-Aqsa.

Masjid pertama dan kedua pada zaman Nabi Muhammad

Ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina ialah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad . Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.

Ketika ini,[bila?] Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa ialah tiga masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid

Masjid kemudian dibangunkan di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak meniru reka bentuk Visigoth, tetapi meniru reka bentuk bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian menganggap bahawa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke-8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali diubah pada abad ke-18 Masihi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bahagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, yang mana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan di timur Cina, seperti di daerah Beijing, masih mempunyai seni bina Cina.

Masjid mulai memasuki daerah India pada abad ke-16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, bilamana pada ketika itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki ialah Aya Sophia(Hagia Sophia), yang mana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sophia merupakan sebuah katedral.

Kesultanan Uthmaniyah memiliki ciri seni bina masjid yang unik, iaitu terdiri daripada kubah yang besar, menara dan bahagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara saf-saf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid. Sehingga kini,[bila?] Turki merupakan rumah masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.

Secara bertahap, masjid memasuki beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangunkan pada kurun akhir 1920-an. Bahkan, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Bilamana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% daripada jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat telah didirikan.